Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mempertahankan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid selepas ada pihak mendakwa isterinya itu menumpang kesenangannya sepanjang lebih 20 tahun perkahwinan mereka.
‘Kami susah senang sama-sama’
Menerusi video dimuat naik @Honeymadu, Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman berkata, jika benar perkara itu berlaku adalah tidak menjadi satu kesalahan memandangkan Shahida merupakan isterinya.
Tak apalah, bini aku.
Kami susah senang sama-sama, bukannya kami baru setahun berkahwin.
Yang kaya itu mak ayah saya, bukannya saya.
Dalam pada itu, bapa kepada lima orang anak ini turut menitipkan pesan kepada Shahida untuk tidak berbalas-balas hantaran di media sosial kerana menganggap pihak luar tidak memahami apa yang sedang dihadapi keluarganya.
Biar sajalah orang nak cakap apa sebab orang yang tengah cakap buruk pada orang lain sebenarnya tengah menunjukkan keburukkan diri sendiri.
Tak perlulah melawan atau berbalas-balas sebab orang tak faham pun.
Terdahulu, kontroversi melibatkan Aliff dan keluarga mula timbul selepas pelakon terkenal, Rebecca Nur Al Islam tampil menjawab dakwaan mengatakan dirinya mahu menumpang populariti perkahwinan abangnya bersama Bonda Rozita Ibrahim apabila sering memuat naik gambar dan video mereka bersama.
Apa yang mencuri perhatian ialah, pelakon filem ‘Keramat’ itu turut memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dan dipercayai suara tersebut adalah milik isteri Aliff iaitu iaitu Shahida.
Tidak terhenti di situ, pelakon tersebut turut menyifatkan individu yang melemparkan dakwaan itu sebagai seorang yang tidak mempunyai akal.
Terbaharu, Rebecca memilih untuk memadam segala hantaran yang dimuat naik sehingga menimbulkan pertelingkahan.
Menurutnya, keputusan ini dibuat atas rasa hormat pada abang sulungnya.
Kredit : Oh bulan