Abby Abadi Dedah Norman Hakim Tak Pernah Marah Marissa Dania – ‘Datang Jumpa Macam Orang Luar’

Pelakon Abby Abadi mendakwa bekas suaminya, Norman Hakim culas menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada anak-anak termasuk mendidik dengan baik.

‘Datang macam orang luar’

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan menjelaskan Norman tidak pernah menjenguk keadaan anak-anaknya selepas bercerai.

Apatah lagi memarahi mereka terutamanya anak perempuan, Marissa Dania ketika dia melakukan kesalahan.

Norman tidak kisah dengan apa yang Marissa buat. Dia tidak pernah marah Marissa.

Tidak pernah pun Marissa itu kena tampar atau pukul, benda itu tidak berlaku.

Selepas bercerai anak-anak semua dengan saya dan Norman tidak pernah ambil untuk jaga. Datang jumpa pun macam orang luar.

Pelakon filem Gerak Khas The Movie itu berkata apabila dia memarahi Marissa, gadis itu bertindak untuk melarikan diri ke rumah Norman.

Marissa lari ke Norman

Bercerita lebih  lanjut, Abby berkata Norman sering melepaskan diri daripada terlibat dengan keluarganya.

Norman memang melepaskan dirinya hingga sekarang jadi saya rasa tiada sebab untuk berbaik. Saya rasa tiada keperluan.

Kalau dapat putarkan masa, saya nak jaga sendiri anak saya. Tak perlu bagi Marissa pilihan kedua.

Saya marah Marissa, dia lari ke keluarga Norman.

Tidak terhenti di situ, Abby turut mendakwa bekas suaminya itu menikahinya kerana terpaksa dan bukan atas dasar cinta.

Saya rasa Norman bukan nak sangat kahwin dengan saya, mungkin dia tidak sengaja.

Ketika itu dia frust dengan orang lain tapi tiba-tiba dia kahwin dengan saya.

Saya kahwin dengan dia selama enam atau tujuh tahun sahaja tetapi memiliki tiga orang anak.

Sumber: TikTok

Kredit : Oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *