Pelakon Beego mencabar isterinya, Linda Hashim untuk kemukan bukti susulan dakwaan yang dibuat mengatakan aktres itu telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Keganasan rumah tangga

Ketika ditemui OhBulan!, Beego bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut kerana yakin isterinya tidak mempunyai sebarang bukti.
Katanya, tindakan Linda memuat naik foto berwajah lebam baru-baru ini juga telah mengundang persepsi tidak baik dalam kalangan wargamaya.
Saya tak nak komen lebih-lebih. Kalau ada gambar betul keluarkanlah. Saya cabar sebab tahu dia tiada bukti.
Dia sebelum ini muat naik gambar muka lebam seakan bermain dengan persepsi orang lain walaupun itu gambar shooting. Dia tidak perlu provokasi masyarakat dengan perkara itu.
Beego berkata demikian usai proses Jawatakankuasa Pendamai (JKP) berhubung kes perceraian dengan Linda di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu.
Mahkamah kemudian menetapkan 30 Jun 2025 sebagai tarikh mendengar laporan JKP.
Tiada ruang berbincang

Dalam pada itu, Beego mendakwa dia tidak diberi peluang mahupun ruang untuk berbincang dengan Linda semenjak aktres itu meninggalkan rumah kelamin mereka pada Oktober lalu.
Saya tiada ruang untuk berbincang. Saya masih lagi di rumah saya. Dia dah keluar dari rumah kelamin kami sudah enam bulan. Saya tak salahkan dia, mungkin dia mahu ambil masa untuk bertenang, cuma tak sangka dia tak balik sampai sekarang.
Kita faham proses undang-undang. Kita pun tak mendesak tapi kita cuba yang terbaik. Saya faham hubungan itu cuba dijarakkan. Jadi itu yang jadi punca kami tidak berhubung.
Saya nak berhubung dengan dia sebagai suami dan bapa kepada anak-anak. Saya suami yang sah lagi tapi tak diberi ruang. Dia cuba elak dan pada masa sama tegas dengan keputusan untuk berpisah.
Sebelum ini, Linda mendakwa pernah menjadi mangsa keganasaran rumah tangga sejak 2016.
Linda atau nama sebenar Norhazlinda Hashim, 40, turut mendakwa mempunyai empat laporan polis dan tiga laporan hospital berhubung perkara tersebut.
Dakwanya, kali terakhir menjadi mangsa keganasan rumah tangga adalah pada Oktober tahun lalu sebelum dia bertindak meninggalkan rumah kelamin dan tidak pernah pulang semula hingga hari ini.
Terdahulu, Linda memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, awal Januari lalu atas alasan sudah tiada persefahaman.
Pada Mei 2023, Linda dan Beego hadir ke mahkamah sama bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.
Hal itu berikutan mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac tahun sama.
Linda pernah mendedahkan, mereka pernah bercerai buat kali kedua hanya selepas beberapa bulan kembali rujuk pada April 2023.
Bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan perkara itu kerana bimbang dianggap mempermainkan institusi perkahwinan.
Untuk rekod, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.
Kredit : Oh bulan