Walaupun diuji dengan masalah kesihatan yang dihidap salah seorang ahli keluarga terdekat, penyanyi Sufian Suhaimi turut berharap dapat memaklumkan berita gembira hujung tahun ini.
Kanser payudara tahap tiga

Ketika ditemui OhBulan!, Sufian, 33, memaklumkan bahawa sambutan hari raya tahun ini sedikit berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya.
Difahamkan, selepas menjalani proses rawatan kemoterapi, keadaan ahli keluarganya itu memberi tindak balas yang positif.
Awal tahun ini, salah seorang daripada ahli keluarga saya telah didiagnos kanser payudara tahap tiga.
Raya tahun ini emosi sikit. Tapi, hikmah ujian ini, kami sekeluarga lebih rapat.
Memang hari yang gelap bila kami semua tahu hal itu.
Doktor cakap, proses pemulihan dia cepat.
Alhamdulillah, rambut pun dah mula tumbuh sekarang.
Nampak macam peluang untuk sembuh itu cerah.
Sufian berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Ritma Riang Raya yang berlangsung di Sheraton Hotel Petaling Jaya pada Selasa.
Berita gembira

Walau ditimpa ujian, pelantun lagu Di Matamu itu berharap agar tahun ini menjadi tahun terakhir dirinya berstatus bujang.
Menurut Sufian, kedua-dua belah pihak sudah bersedia untuk mendirikan masjid tahun ini.
Selain daripada kami menerima berita sedih, banyak juga berita-berita gembira yang jadi tahun ini.
Membina masjid adalah perancangan saya.
Kalau boleh kami tak mahu lama sangat bercinta.
Rasanya kalau tahun ini masih sempat, sebab baru bulan April.
Rasa macam tahun ini adalah tahun yang baik untuk kita berkahwin.
Imbas kembali, Sufian mengesahkan sudah putus cinta dengan Rania pada April lalu dan memberitahu cincin risik sudah dipulangkan.
Tidak lama kemudian, cinta mereka dikatakan bertaut kembali apabila dilihat keluar meluangkan masa bersama.
Kredit : Oh bulan