Pelawak dan pelakon, Achey berkongsi tentang pengorbanan isterinya, Nor Hasanah atau Anne yang terpaksa berdepan dengan dugaan untuk mendapatkan zuriat.
Perkongsian Achey
Sebak sangat2 kisah Achey ni, memang kena standby tisu? #Sembangseram #AcheyBocey #AcheyKintangKintung #Safwannazri #Safwannazripod #Safwannazripodcast #Bocey #Ceritaseram #Ceritahantu
Menerusi perkongsian di podcast Sembang Seram, Achey atau nama lengkapnya Mohd Nasir Hamzah berkata, dia dan isteri pernah membuat persiapan untuk melakukan rawatan kesuburan.
Kemudian pasangan ini diuji, iaitu pada malam semi final Muzikal Lawak Superstar, Anne perlu menjalani pembedahan untuk membuang tiub fallopian.
Pada mulanya kami buat persiapan untuk IVF (Persenyawaan In Vitro) dan IUI (Intrauterine Insemination), kami ikut prosedur dan jaga pemakanan.
Sehinggalah satu malam isteri saya dimasukkan ke hospital selepas dia mengadu sakit pada bahagian rahim.
Pada hari itu kami menerima berita yang kami perlu terima selama-lamanya, tiub fallopian isteri saya terpaksa dipotong.
Bukan satu tetapi kedua-duanya sebab satu sudah tersumbat dan satu lagi sedang membengkak.
Achey dan isteri reda
Walau bagaimanapun, pelawak berusia 39 tahun itu dan isterinya reda menerima kenyataan perit iaitu mereka tidak boleh mendapatkan zuriat secara normal.
Kami reda dan isteri saya berkata, ‘minta maaf sayang, saya tak boleh nak bagi awak zuriat.’
Selama-lamanya secara logik dan saintifiknya kami tidak boleh dapat anak secara normal walaupun semua orang suruh kami pergi berubat.
Salah satu cara adalah dengan IVF, di mana doktor boleh mengambil telur.
Sekadar info, Achey dan Anne atau nama sebenarnya Nor Hasanah Yahaya mendirikan rumah tangga pada 2011 namun masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.
Sehinggalah pada tahun 2018, pasangan suami isteri ini mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat, Tiara Zinnirah , 7.
Kredit : Oh bulan