Konon Ala-Ala Mount Fuji, Bukit Dicat Putih Di China Buat Netizen Terhibur – “Macam Tisu Basah Je”

Satu destinasi pelancongan di China kini menjadi bahan jenaka selepas mereka cat puncak bukit dengan warna putih semata-mata nak tiru Gunung Fuji iaitu ikon terkenal di Jepun.

Wujud ‘Mount Fuji’ di China?

Tarikan yang diberi nama Universe Fantasy Land ini terletak di Hebei, utara China dan tempat ini dibina dengan konsep “fairy tale dreamland”, di mana ada bukit, tasik berkilauan, rumput hijau, kuda putih, dan rumah kayu yang comel.

Namun, hal yang menjadi perhatian apabila ramai yang rasa tertipu kerana “gunung” yang dipromosikan tu rupanya cuma bukit biasa yang dicat putih di puncak!

Apa yang buat ramai lagi tergamam, pihak pengurusan menggelar bukit itu sebagai “volcano” dan lengkap dengan “letupan”, di mana akan ada asap merah jambu palsu disembur dari puncak kononnya seperti gunung berapi.

Dari ekspektasi ‘magical’ ke ‘prank’

Kebanyakan pelawat yang datang dari Beijing merasakan diri mereka tertipu kerana terpengaruh dengan foto-foto cantik yang tular di platform media sosial mengenai tempat berkenaan.

Ni bukan Mount Fuji, ni Mount Funny!

Bayar RM65 untuk tengok bukit cat putih? Saya rasa kena scam.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama China, khususnya di wilayah Hebei menarik perhatian dunia dengan “replica tourism” dan sebelum ini Hebei pernah membina Eiffel tiruan, patung Great Sphinx of Giza versi mini, serta Tembok Besar China tersendiri.

Kredit : Beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *