Perjalanan ke New Zealand baru-baru ini membuka mata selebriti versatil, Alif Satar mengenai kekuasaan yang Maha Pencipta selepas melihat kecantikan di negara itu yang tiada tolok bandingnya.
Pemandangan luar biasa

Akui terpana dengan kecantikan alam di negara itu, pemilik nama Muhammad Alif Mohd Satar, 35, berkata New Zealand mempunyai pemandangan yang sangat luar biasa.
Jelasnya, sepanjang perjalanan di sana dia dihidangkan dengan pemandangan yang cukup menawan.
Waktu kami satu band bermusafir di New Zealand, sepanjang perjalanan ada beberapa tempat yang kami singgah.
Berhenti campervan dan solat berjemaah.
Memang rezeki kami setiap kali berhenti, pemandangan dia macam ni… (cantik) Masya-Allah, breathtaking.
Dalam kesempatan itu juga, Alif menitipkan pesanan kepada orang ramai supaya menunaikan kewajipan wajib iaitu solat.
Kalau di dunia (dunia ni kalau celup jari dalam air laut, air yang tinggal dekat jari tu pun tidak sama nilai dengan akhirat) pun dah lawa, esok dekat syurga macam mana? Allahuakbar.
Solat tu kunci syurga. Jangan tinggal sembahyang.
Kredit : Oh bulan