‘Dia Jadi Kuli Awak, Mana Duit Tak Habis?’ – Bella Dowanna Bidas Saidah Kamarudin

Aktres, Bella Dowanna membidas pelakon, Saidah Kamarudin yang mendakwa perkahwinannya bersama Muntazar Ghufran terbatal kerana rakannya itu tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

Bidas kenyataan Saidah

Bella atau nama lengkapnya Qystinna Istajbilla Dowanna Halim mendakwa, Muntazar tidak berkemampuan selepas membelanjakan hampir kesemua wangnya sepanjang menjalinkan hubungan dengan Saidah.

Bila dah putus bukan main. Kalau dah tahu dia macam itu nak tunang juga kenapa sis?

Dia (Muntazar) jadi PA, balaci, kuli dan videographer awak tak berbayar. Dia jadi pemandu awak hari-hari ke set penggambaran. Mana tak habis duit dia?

Lepas itu dalam akaun bank kau ada RM50,000 ke? Sama-sama ja sangkak.

Bella membuat dakwaan itu selepas memuat naik semula kenyataan Saidah ketika ditemui bual sebuah portal hiburan menerusi Instagram Story (IGs).

Terdahulu, Saidah meluahkan rasa berang terhadap tindakan Muntazah yang didakwa telah menggodam akaun TikTok Miliknya.

Saidah kemudiannya mencuri perhatian apabila mendakwa perkahwinannya dengan Muntazar terbatal kerana pelakon itu hanya mempunyai simpanan sebanyak RM500 sahaja.

Imbas kembali, Saidah pernah mengikat tali pertunangan dengan aktor, Muntazar Ghufran pada Mei tahun lalu.

Namun, ikatan pertunangan tersebut terlerai apabila Muntazar mengesahkan mereka sudah putus tunang pada Oktober tahun sama.

Posting Bella Dowanna

Kredit : Oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *