Kalau sebut pasal pizza, kebanyakan kita akan bayangkan yang jenis tebal gaya Amerika. Tapi Amirul Edzrain Abdul Hamid dari Terengganu pula lebih meminati pizza autentik gaya Itali — terutamanya Neapolitan style.
Disebabkan minat itu, beliau mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dari rumah yang kini dikenali sebagai Pizzadoh.
Minat terhadap pizza jadi pencetus segalanya. Beliau meluangkan masa lebih enam bulan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) demi mencari rasa yang benar-benar menepati cita rasanya.
Proses itu bukan mudah, banyak kali beliau tidak berpuas hati dengan hasilnya. Namun, usaha berbaloi apabila keluarga, jiran dan rakan-rakan memberi maklum balas positif selepas mencuba.
Menariknya, perniagaan ini berkonsepkan home-based, di mana pelanggan membuat tempahan terlebih dahulu secara online dan datang sendiri ke rumah beliau untuk mengambil pesanan. Tapi ramai sanggup kerana rasanya dikatakan “lain daripada yang lain”.
https://www.instagram.com/pizzadohmy

ntara menu yang ditawarkan termasuklah beef pepperoni, chicken pepperoni, spicy shrimp, dan juga wagyu pizza (atas permintaan).
Walaupun pernah mengalami detik sukar apabila seorang pelanggan menerima pizza yang terdapat lalat, beliau mengambilnya sebagai pengajaran untuk terus menambah baik kualiti produk.
Kini, pelanggan boleh menempah Pizzadoh melalui Instagram dan TikTok pizzadohmy.
Saksikan kisah penuh Amirul Edzrain dalam video di bawah. Mana tahu, mungkin korang akan terinspirasi untuk mulakan perniagaan sendiri dan sokong bisnes tempatan juga!
@ohbulanofficial Anak muda Terengganu ini buktikan dari dapur rumah pun boleh hasilkan pizza gaya Itali #ohbulan#fyp#marilokal? original sound – OHBULAN!
Kredit : Ohbulan