Dapat dilihat dalam satu perkongsian seorang wanita di platform TikTok, dia memberitahu kisah dirinya hadapi masalah hormon yang tidak stabil dipercayai disebabkan penggunaan minyak wangi seharian.
Kaum wanita jangan pakai perfume!
Katanya, sebelum ini dirinya sangat menyukai minyak wangi sehingga menjadikan ia sebagai koleksi, di mana apabila ada haruman yang baru, dia akan membeli dan memakai secara bergilir-gilir.
Namun, wanita itu perasan dalam pada masa yang sama, dia mengalami masalah hormon yang sangat ketara, antaranya kitaran haid tak menentu, senggugut yang sangat sakit serta sakit kepala teruk menjelang waktunya.
Penyebab utama ketidakseimbangan hormon dalam badan
Masa tu I tak tahu bahawa perfume yang I suka pakai ni sebenarnya telah menyumbangkan xenoestrogen (penyebab ketidakseimbangan hormon) dalam badan.
Susulan itu, dia kini memilih untuk memakai minyak pati (essential oil) berasaskan bau bunga seperti geranium, di mana ia lebih lembut dan tidak mencolok baunya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan perkongsian wanita tersebut dan ada yang mendakwa mengalami simptom pelik seperti pening kepala, jerawat hormon dan haid tidak menentu selepas ‘obses’ dengan perfume tertentu.

Kredit : Beautifulnara