Penyanyi dan pelakon Bella Astillah berkongsi fotonya bersama sejambak bunga yang diterima bersempena Hari Bapa.
Bella dapat bunga

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Bella atau nama lengkapnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, dilihat menerima sejambak bunga berwarna merah jambu.
Bagaimanapun, ibu kepada dua orang cahaya mata itu tidak mendedahkan identiti si pemberi.
Bukan hari lahir saya.
Tapi saya dapat bunga hari ini. Alhamdulillah.
Saya ambil ini sebagai peringatan, mungkin ini adalah untuk saya yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu dan juga seorang ayah.
Terima kasih untuk bunga ini, siapa pun anda.
Dalam pada itu, Bella sempat menitip doa agar individu yang memberinya bunga itu dibalas dengan kebaikan oleh tuhan.
Untuk rekod, Bella dan Aliff Aziz mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.
Pada 13 Jun 2024, mereka sekali lagi menemui jalan perpisahan selepas Aliff melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5.
Sumber: Instagram @bellaastillah
Kredit : Oh bulan