Usahawan dan pempengaruh terkenal, Madammu meluahkan rasa kecewa terhadap komen seorang individu yang menuduhnya bersikap pilih kasih antara anak kandung dan anak-anak tiri.
‘Nak jaga emosi dan perasaan anak-anak’

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Madammu atau nama lengkapnya Seiyca Baiduri mengakui kadangkala komen-komen negatif daripada segelintir pihak atau individu memberi kesan terhadap emosi dan perasaan anak-anaknya yang sedang membesar.
Saya nak kongsikan di sini bukan sebab saya nak buktikan tapi sebab nak jaga emosi dan perasaan anak-anak.
Anak anak saya dah besar semua kadang mereka terkesan dengan komen sebegini.
Tambah Madammu lagi, tindakan individu berkenaan yang meninggalkan komen sebegitu secara tidak langsung membuka ruang kepada perasaan negatif dalam keluarga terutamanya antara anak-anaknya.
Jangan menulis jika kita tak pasti kerana hanya dengan 1 komen awak boleh menguris banyak hati.
Awak sedar tak awak sedang bina kebencian, prasangka, iri hati, cemburu, perbandingan di antara adik beradik iaitu Zahara, Qally & Ahmadhi terhadap adik mereka, Kayden.
‘Saya terima dengan hati yang penuh’
Madammu turut meluahkan rasa terkilan apabila niat dan pengorbanannya sebagai seorang ibu dipertikaikan.
Jelasnya, keputusan untuk berkahwin dengan suami yang mempunyai tiga anak bukanlah sesuatu yang diminta, apatah lagi keinginan untuk menjaga anak orang lain ketika masih di usia muda.
Namun, dia menerima kehadiran anak-anak suaminya itu dengan ikhlas dan hati terbuka. Malah membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang dan sebaik mungkin.
Awak fikir saya minta untuk kahwin dengan duda anak 3? Awan fikir saya nak sangat ke jaga anak orang? Awak fikir saya nak sangat ke korbankan masa remaja saya untuk besarkan anak anak yang mak dia dah meninggal?
Tapi saya terima, saya terima dengan hati yang penuh. Saya besarkan buat yang terbaik, bagi pelajaran yang baik, bagi kehidupan yang baik.
Madammu mempersoalkan tindakan individu yang mempertikaikan kasih sayangnya terhadap anak kandungnya, Kayden.
Berdosa ke saya lahirkan seorang anak dari rahim saya dan berikan yang terbaik untuk dia yang baru melihat dunia ni? Adil ke untuk awak pertikaikan apa yang saya buat pada Kayden selepas 13 tahun rumah kami tiada Baby? Adil ke?
Siapa awak untuk beri pandangan yang boleh menjejaskan emosi anak anak i? Who are you?
Sekadar info, pada 9 Jun 2023, Madammu selamat melahirkan anak pertamanya secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Madammu mendirikan rumah tangga pada 2015 yang juga seorang duda anak tiga iaitu Zahara, Qally dan Ahmadhi.
Sumber: TikTok
Kredit : Oh bulan