Abby Abadi Reda Dengan Pilihan Anak – ‘Kalau Baik, Maka Ia Akan Berpanjangan’

Pelakon dan penyanyi Abby Abadi akui hubungan keluarga sentiasa dalam keadaan baik dan enggan memanjangkan isu rumah tangga.

Hubungan dengan keluarga

Ditanya mengenai hubungan dengan ahli keluarga, Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan, 47, hanya memohon doa dari orang ramai bagi kesejahteraan keluarganya.

Tambahnya, dia memberi ruang bagi setiap anak-anak membuat pilihan dalam memilih pasangan hidup.

Kami sekeluarga okay sahaja.

Saya tak mahu isu ini menjadi lebih buruk. Biarlah masing-masing ambil tempoh bertenang.

Saya biarkan saja anak dengan pilihannya jika itu yang terbaik.

Mohon doakan agar suatu hari nanti semuanya akan jadi lebih baik.

Abby berkata demikian ketika ditemui OhBulan!, pada sidang media Konsert ELITE Live 25 yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada Isnin.

Reda dengan pilihan anak

Berkongsi lebih lanjut, Abby reda dengan pilihan anak perempuannya, Marissa Dania dalam memilih jalan kehidupan.

Namun demikian, Abby enggan mengulas lanjut kerana sering menjadi sasaran ramai.

Saya tak berminat nak ulas isu anak.

Itu pilihan dia, biar dia lalui sendiri.

Sampai satu tahap kalau perkara itu baik, maka ia akan berpanjangan.

Untuk rekod, Marissa dan suaminya, Aslam selamat bergelar suami isteri di Songkhla, Thailand pada Disember 2023 tanpa pengetahuan keluarga.

Kredit : oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *