Pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad berkongsi tentang kisah hidupnya sebelum bergelar selebriti.
Perlumbaan haram
Menerusi podcast Soutudeen, pemilik nama Ahmad Nabil Ahmad itu bercerita tentang pengalamannya ketika menyertai perlumbaan haram.
Menurut Nabil, gambaran tentang aktiviti mat rempit di dalam filem hampir sama dengan realiti.
Mula-mula perlumbaan dengan kawan-kawan hanyalah perjanjian..kalau menang isi minyak motor. Kecil-kecil sahaja tapi lama kelamaan ada yang guna duit.
Saya pernah menang, pernah kalah, bergaduh dan pernah dikejar dengan polis juga.
Tetapi kami berlumba pakai motosikal curi. Jadi kalau kena kejar dengan polis, tinggal sahajalah motosikal itu.
Nabil kemalangan
Penyampai radio berusia 42 tahun tersebut juga mendedahkan bahawa dia pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya.
Saya menunggang sebuah motosikal dan kena langgar dengan sebuah van sampai patah kaki.
Gigi depan pun kena juga, yang sekarang ini gigi palsu dan banyak lagi kesan parut di muka.
Bercerita lanjut, bapa kepada tiga orang anak itu berkata, dia mengalami kecerderaan yang teruk di bahagian kaki sehingga ramai yang menganggap dirinya sudah menghembuskan nafas terakhir.
Motosikal saya patah tiga, kaki saya pun patah tiga..saya patut meninggal dah hari itu.
Kalau orang tengok motosikal saya, pastinya mereka akan kata ‘budak ini sudah meninggal.’
Tapi yang kelakarkannya, ada orang awam mahu menghantar saya ke hospital. Disebabkan ketinggian saya, pintu kereta dia tak boleh tutup.
Zaman itu saya memang rempit ‘kaw-kaw’, malah ada orang lepas balik kerja mereka ikut orang pergi lumba tapi bohsia-bohsia tak ada. Saya ikut mereka berlumba dan tengok perlumbaan di tepi lebuh raya.
Sumber: TikTok Soutudeen
Kredit : Oh bulan