Bekas tunang kepada pelakon Muntazar Ghufran, iaitu aktres, Saidah Kamarudin tampil bersuara berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.
‘Saya penat dengan segala fitnah’

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Threads, Saidah meluahkan rasa kecewa dengan segala fitnah serta tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya.
Patutkah saya dedahkan semuanya atau terus berdiam diri? Saya penat dengan segala fitnah yang dilemparkan kepada saya.
Menafikan tuduhan bahawa dia kononnya adalah seorang ‘gold digger’ dan mempergunakan Muntazar, Saidah menjelaskan bahawa segala perbelanjaan mereka sepanjang hubungan adalah atas persetujuan bersama.
Saya ada bukti saya bayar dia. Dia volunteer nak teman saya, bukan saya paksa. Nama pun bercinta masa tu. Dia sendiri dah mengaku dia habis duit sebab loss trading, bukan sebab saya.
Adakah masih saya yang pergunakan dia? Kenapa saya dilabel sebagai ‘gold digger’ sedangkan tiada emas pun untuk saya gali?
Nafi ‘gold digger’

Dalam pada itu, Saidah turut menjawab isu yang mendakwa dirinya terlalu ‘demand’ apabila dikatakan meminta cincin tunang berjenama mewah.
Bukannya saya minta tiffany & co. Tak faham orang yang percaya fake artikel saya dapat 23k sebulan tapi yang diungkit hanyalah mcd dan air kelapa.
Untuk rekod, Saidah dan Muntazar mengikat tali pertunangan pada 5 Mei 2024 selepas lebih setahun berkenalan.
Namun pada Mac lalu pasangan ini mengumumkan ikatan pertunangan tersebut sudah terlerai dan membawa haluan masing-masing sejak Oktober tahun lalu.
Sumber: Threads
Kredit : Berita Harian