WAL Muharam juga dikenali sebagai Maal Hijrah, menandakan permulaan tahun baharu dalam kalendar Islam.
Ia jatuh pada 1 Muharam, bulan pertama dalam kalendar Hijrah yang bermula sejak penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah.
Ia bukan sekadar simbol perubahan tarikh, tetapi menjadi waktu untuk umat Islam merenung kembali perjalanan hidup, memperbaiki diri, dan memperbaharui azam serta tekad dalam menjalani kehidupan yang lebih bermakna menurut ajaran Islam.
Sempena Awal Muharam juga, kita digalakkan memperbanyakkan doa untuk memohon supaya dilimpahi keberkatan dan rahmat Allah dalam tahun-tahun mendatang.
Menurut Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), berikut merupakan panduan waktu untuk umat Islam berdoa:
1. Doa Akhir Tahun Hijrah (1446H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijah 1446H bersamaan 26 Jun 2025 (Khamis).
2. Doa Awal Tahun Hijrah (1447H) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 26 Jun 2025 (Khamis).
Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijrah bermula selepas masuknya waktu Maghrib.
Pada tarikh 26 Jun 2025, waktu Asar bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah pada pukul 4.45 petang manakala waktu Maghrib adalah pada pukul 7.28 malam.
Doa Akhir Tahun Hijrah:

Doa Awal Tahun Hijrah:

Kredit: mstar