Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menjelaskan, dia perlu melakukan sesi siaran langsung di media sosial ketika bersama anak-anak bagi mengelakkan tanggapan negatif daripada sesetengah pihak.
Aktiviti dengan anak-anak
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabeela Awang Astillah berkata, dia akan merakam setiap aktiviti bersama anak-anak, namun tidak semua dimuat naik di media sosial.
Sekarang ini walaupun sekejap kena juga buat live sebab nanti orang akan kata saya tak luangkan masa dengan anak-anak.
Sebenarnya, kita yang ada sosial media ini..kita hanya nak tunjuk apa yang kita nak tunjuk.
Masa dengan anak-anak amatlah berharga, saya ada rekod tapi tak semua saya post atau pun buat live.
Masa bersama YB

Jelas aktres berusia 31 tahun itu lagi, perkara tersebut juga berlaku ketika bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, apabila ramai yang salah faham kerana sering melihat berita tentang mereka.
Kalau saya dengan YB, akan ada peminat dan pembantu peribadi kami ambil video. Jadi, orang akan nampak kami sentiasa bersama, padahal tidak pun.
Sama juga dengan artikel-artikel yang keluar. Sesi temu bual dibuat sekali sahaja tetapi hasil temu bual itu akan dikeluarkan pada berlainan hari.
Orang akan nampak setiap hari ada update tentang saya, tetapi sebenarnya tidak pun. Tapi tak mengapalah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Bella supaya tidak mengendahkan perkara tersebut, malah mereka akan sentiasa menyokong dirinya.
Untuk rekod, Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor dan penyanyi Aliff Aziz pada 9 September 2016, namun berpisah pada 13 Jun tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna yang kini berusia 5 tahun.
Sumber: TikTok
kREDIT : Oh bulan