‘Awak Benci Saya, Sedangkan Saya Langsung Tak Tahu Kewujudan Awak’ – Marissa Dania

Hantaran terbaharu yang dimuat naik oleh anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania, telah menyorot perhatian warganet.

Tegas Marissa

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Marissa atau nama lengkapnya Marissa Dania Hakim menulis kapsyen ringkas mengenai individu-individu yang kurang senang dengannya.

Bayangkan..awak lemparkan kebencian kepada saya, sedangkan saya langsung tak tahu kewujudan awak.

Netizen sokong

https://www.instagram.com/marissadania_/?utm_source=ig_embed&ig_rid=46cee5f3-92c1-44bb-920d-f7ba131726c6

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong kenyataan Marissa dan mereka juga menasihatinya untuk tidak mengendahkan komen berbaur negatif.

Sebiji dia bagi, pedulikan mereka Marissa. Awak pun berhak bahagia.

Sibuk nak benci-benci dan maki orang, padahal orang tu tak buat apa dengan kita pun.

Jangan layan mereka Marissa, terang sangat ada masalah hati.

Semoga kehidupan awak semakin baik hari demi hari, letakkan Allah sebagai keutamaan.

Terdahulu, nama Marissa menjadi tumpuan ramai selepas bernikah di Songkhla, Thailand dan menjadi isteri kedua kepada lelaki pilihannya iaitu Aslam.

Susulan itu, timbul juga pelbagai konflik keluarga yang melibatkan kedua-dua orang tuanya iaitu Abby dan Norman.

Sumber: TikTok Marissa

Kredit : Oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *