Dr Azura Respon Isu Tak Tutup Aurat Di Hyrox – ‘Saya Terima Kekurangan & Hidayah Akan Tiba’

Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Azura Abas memberi respon berhubung isu pemakaiannya dan suami, Dr Say yang didakwa tidak menutup aurat ketika menyertai sebuah acara kecergasan, Hyrox baru-baru ini.

Tiada maksud lain

https://www.instagram.com/say_shazril/?utm_source=ig_embed&ig_rid=4d89aad7-416c-485a-969c-e71df39aa2be

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, Dr Azura mengakui kekhilafan yang dilakukannya dan berharap dikurniakan hidayah daripada yang Maha Esa.

Saya tahu banyak yang mengecam di hantaran Dr Say dan saya.

Sejujurnya, saya terima kekurangan saya, InsyaAllah hidayah akan tiba jua.

Bagaimanapun, Dr Azura menegaskan bahawa hantaran tersebut dikongsikan hanyalah bertujuan untuk menggalakkan aktiviti kecergasan dan kesihatan.

Tetapi post ini soal kesihatan, tak ada maksud yang lain.

Kalau suka boleh dijadikan inspirasi, kalau tak suka tak mengapa.

Jangan cepat menghukum 

Menurut ibu kepada tiga orang anak ini, hanya Allah SWT sahaja yang boleh menilai baik dan buruk setiap hambaNya.

Saya tak perlu manusia untuk label siapa saya di sisi Allah. Cukup kita tahu di mana level kita sendiri dengan pencipta kita.

Kalau rasa kita lebih mulia daripada orang lain..mungkin itu lagi hina dari yang tidak tutup aurat?

Tiada siapa yang tahu dan layak menghukum kecuali Allah.

Sama-sama muhasabah diri.

Terdahulu, penampilan Dr Azura dan suami ketika menyertai pertandingan kecergasan yang berlangsung di Singapura itu telah mengundang kecaman daripada warganet.

Ketika pertandingan tersebut, Dr Azura mengenakan sports bra yang mendedahkan sebahagian tubuh badannya, manakala Dr Say hanya berseluar pendek dan tidak memakai baju.

Sumber: Threads Dr Azura 

Kredit : Oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *