April 2, 2026

Elyana Hilang Sabar, Dakwa Anak Jadi Mangsa Ejekan – ‘Kenapa Biadab Sangat?’

Penyanyi Elyana, tidak mampu lagi untuk menahan sabar apabila anak angkatnya, Cahaya Ramadhani didakwa menjadi mangsa kecaman.

Anak jadi mangsa

Menerusi hantaran di Threads, Elyana atau nama lengkapnya Erneelya Elyana Emrizal, 39, meluahkan rasa marah dan mendakwa anaknya telah diejek dengan panggilan berbaur perkauman.

Kesal dengan perkara tersebut, Elyana tampil mempertahankan anaknya daripada terus menjadi mangsa ejekan.

Ini kali terakhir saya nak cakap. Bab anak, aku tak main-main.

Dengar sini, aku besarkan anak aku tak pernah minta ihsan atau belas kasihan daripada sesiapa pun selama ini. Jadi kenapa perlu biadab sangat?

Adakah anak aku merugikan kamu semua? Kenapa perlu ejek? Kau rasa hebat sangat jadi anak Melayu?

Menurut pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu itu, perkara tersebut bukan kali pertama berlaku, malah Cahaya sudah menerima pelbagai kecaman sejak dari kecil lagi.

Dari budak ini kecil sampai sekarang umur tujuh tahun, aku besarkan, tak habis-habis tekanan yang kamu semua bagi.

Kau ingat anak angkat tak ada hati dan perasaan?

Aku banyak pendam selama ini, tapi makin menjadi-jadi perangai ‘setan-setan’ ini.

Untuk info, Elyana mendirikan rumah tangga bersama suami, Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak iaitu Cinta Sumayah, 15 tahun.

Kredit : Oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *