March 21, 2026

‘Saya Tidak Lagi Bersama Dia’ – Hubungan DJ Kidd & Emma Maembong Sudah Berakhir?

Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba deejay kelab malam DJ Kidd memberi kenyataan tentang status hubungannya bersama pelakon Emma Maembong.

Putus denga Emma?

https://www.threads.com/@djkidd_official

Menerusi hantaran di Threads awal pagi tadi, DJ Kidd memaklumkan bahawa dia kini sudah tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kekasihnya.

Pengakuan itu dilakukan selepas DJ Kidd dibanjiri dengan pertanyaan tentang teman wanitanya.

Di sini saya nak memaklumkan, di mana saja saya berada, orang sibuk tanya saya, di manakah pasangan saya.

Saya berbesar hati ingin memberitahu yang saya tidak lagi bersama dia. Jadi saya harap tiada lagi persoalan selepas ini.

Bagaimanapun, DJ Kidd tetap mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya itu walaupun hubungan mereka sudah terputus di tengah jalan.

Dan saya juga mendoakan kebahagiaan dia bersama siapa jua dia bersama. Amin.

Meskipun tidak menyatakan sebarang nama, namun rata-rata warganet mengaitkan kenyataan tersebut dengan Emma, susulan mereka dilihat mesra bersama sebelum ini.

Terdahulu, gosip mengenai hubungan mereka mula tersebar selepas tular gambar percutian bersama di luar negara, malah ada juga dakwaan kononnya mereka telah bernikah secara senyap.

Namun, Emma menafikan segala dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa tiada ikatan perkahwinan antara mereka.

Pelakon drama Kerana Cinta Itu Dusta tersebut juga dilihat beberapa kali hadir ke kelab malam untuk memberikan sokongan kepada DJ Kidd.

Kredit : Oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *