March 21, 2026

Syed Saddiq, Bella Astillah nikah lepas raya?

KUALA LUMPUR: Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semakin hangat diperkatakan di media sosial.

Isyarat yang dilihat daripada beberapa rakan selebriti seolah-olah membuka tirai rahsia, mencetuskan tanda tanya dan menimbulkan debaran dalam kalangan peminat serta netizen yang teruja menantikan berita gembira itu.

Rakan artis seperti Ben Ali menarik perhatian ramai apabila meninggalkan komen di hantaran Instagram Bella bertulis: “Tak sabarnya nak tunggu seminggu selepas raya.”

Situasi itu terus menambahkan spekulasi bahawa hari bahagia pasangan itu mungkin semakin hampir.

Selain itu, ketika menghadiri Absolut Bazaar di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat bertanyakan kepada Bella mengenai jemputan yang dikatakan masih belum diterima. Bella hanya membalas ringkas: “Insya-Allah.”

Syed Saddiq meraikan ulang tahun kelahiran Bella bersama anak-anaknya baru-baru ini. – Foto IG Bella Astillah

Spekulasi semakin rancak apabila segelintir netizen mendakwa abang kepada Syed Saddiq, dikenali sebagai Space Dollah, turut dilihat membuat persiapan pakaian berwarna kuning untuk satu acara penting yang dikatakan bakal berlangsung pada 28 Mac ini.

Sebelum ini, Bella sering mengelak memberikan sebarang jawapan mengenai status hubungannya dengan Syed Saddiq, termasuk dakwaan bakal bernikah, ketika ditemu bual media.

Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz pada 9 September 2016 sebelum disahkan bercerai kali kedua pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

Kredit : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *