April 2, 2026

‘Lelaki Memang Nak Jadi Provider, Cuma Setakat Mana Dia Mampu Saja’ – Raja Atiq

Pelakon Raja Atiq tampil bersuara susulan isu wanita yang sering mengimpikan lelaki menjadi ‘provider’ dalam sesebuah hubungan.

Lelaki ‘provider’

https://www.threads.com/@therajaatiqullah/post/DWfgqklj7KA?xmt=AQF0DKU1ziXu6-fRXG7Ss8USzcfFME0c4Nmch2G3I6iHJ2A

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 26, menegaskan bahawa setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam memberikan yang terbaik buat pasangan.

Tambahnya, rata-rata lelaki mempunyai naluri untuk menjadi ‘provider’ namun tahap kemampuan setiap individu berbeza.

Kebanyakan lelaki memang ada naluri untuk jadi ‘provider’, cuma setakat mana dia mampu saja berbeza.

Mungkin dia tak boleh bagi semuanya, tapi dia akan cuba bagi apa yang dia ada seperti masa, tenaga dan perhatian.

Tak semua lelaki berharta tapi ramai yang ada rasa tanggungjawab untuk jaga orang yang dia sayang.

Dalam pada itu, pelakon berusia 26 tahun tersebut sempat menitipkan pesanan agar wanita lebih menghargai pasangan meskipun tidak mampu memberikan kemewahan dari segi kewangan.

Sebab itu bila jumpa lelaki yang tetap berusaha walaupun serba sederhana, hargai dia.

Bukan kerana apa yang dia miliki sekarang, tapi kerana kesungguhan dia bina masa depan.

Sumber: Threads @therajaatiqullah

Kredit : Oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *