KUALA LUMPUR: Juara bertahan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memulakan misi mempertahankan kejuaraan Kejohanan Badminton Asia dengan bergaya apabila melangkah ke pusingan kedua, hari ini.
Pasangan nombor dua dunia itu hanya memerlukan 38 minit untuk menundukkan gandingan Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin 21-15, 21-15 dalam aksi pusingan pertama di Pusat Sukan Olimpik Ningbo.
Kemenangan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik melebarkan rekod pertemuan kepada 3-1 ke atas pasangan berkenaan.
Pasangan pilihan kedua itu seterusnya akan berdepan sama ada gandingan China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi atau wakil Hong Kong, Law Cheuk Him-Yeung Shing Choi.
Juara dunia 2022 itu turut memburu kejuaraan pertama musim ini selepas muncul naib juara di Terbuka Malaysia pada Januari dan Seluruh England bulan lalu.
Kredit : Berita Harian