April 11, 2026

‘Dulu Sama-Sama TTC Dengan Nelydia, Sekarang Tinggal Saya Seorang Belum Ada Rezeki Anak’ – Aprena Manrose

Pelakon Aprena Manrose baru-baru ini berkongsi luahan perasaannya mengenai perjalanan untuk menimang cahaya mata.

‘Saya bila lagi ya Allah?’

Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman menceritakan bahawa dia dan sepupunya, aktres Nelydia Senrose, pernah melalui proses Trying To Conceive (TTC) bersama-sama. 

Namun, sepupunya itu kini sudah berbadan tetapi rezeki untuk dirinya menimang cahaya mata masih belum tiba.

Dulu saya dan Nely (Nelydia) sama-sama TTC. Kita kuatkan sesama kita. 

Sekarang tinggallah saya sorang je yang belum ada rezeki anak. Semua cousins dah beranak pinak. Saya bila lagi ya Allah?

Hantaran itu menerima pelbagai komen daripada pengikutnya yang memberi semangat dan doa agar Aprena segera dikurniakan rezeki anak. 

Sebelum ini, pelakon Nelydia Senrose mengumumkan dirinya sedang hamil anak pertama selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan. Nelydia bagaimanapun  tidak mendedahkan usia kandungannya.

Untuk rekod, Aprena pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016.

Bagaimanapun pada Jun 2025 Aprena mengumumkan dia sudah bercerai tanpa mendedahkan tarikh sebenar mahupun punca perpisahan tersebut.

Sumber: Threads Aprena Mansrose

Kredit : Oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *