April 11, 2026

Nelydia Senrose Sebak Bakal Timang Zuriat Pertama Selepas 7 Tahun Menanti – ‘Rezeki Allah Akan Beri Tepat Pada Waktunya’

Pelakon Nelydia Senrose meluahkan rasa syukur di atas kehamilan anaknya yang pertama.

Nelydia sebak

Ketika ditemui OhBulan! pemilik nama Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 31, itu tidak dapat menahan sebak semasa berkongsi mengenai berita gembira tersebut kepada rakan-rakan media.

Alhamdulillah, seperti mana yang semua tahu sudah tujuh tahun saya nantikan. Ia salah satu rezeki tak disangkakan, betul-betul rezeki yang saya nantikan.

Saya sangat gembira, sangat bersyukur dan saya masih memerlukan doa-doa daripada semua sampai akhir bersalin nanti, Insya-Allah.

Menurut Nelydia, ibunya adalah orang pertama yang mengetahui tentang perkara tersebut.

Bila first saya dapat tahu saya bagi tahu ibu saya dan Alhamdulillah itu yang sangat menggembirakannya.

Bercerita lanjut, aktres jelita itu memaklumkan bahawa dia mengalami alahan pada peringkat awal kehamilan dan tidak mengidam untuk menikmati sebarang jenis juadah.

Tiga bulan yang pertama memang ada alahan yang agak teruk juga. Tetapi saya tetap menjalani proses itu sebab perjalanan hamil ini adalah perkara yang saya sering doakan. Mengidam pun tiada. Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja.

Nelydia berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian restorannya, Seminyak Indonesia Soul Food yang berlangsung di KLGCC Mall pada Khamis.

Rezeki dari Allah

Sementara itu, pelakon drama Seindah Hujan Cinta ini juga percaya bahawa rezeki yang dikurniakan Allah SWT akan tiba pada tepat waktunya.

Dalam masa sama, Nelydia juga berdoa dan berharap agar dirinya serta kandungan berada dalam keadaan yang baik sehingga tiba waktu bersalin nanti.

Alhamdulillah. Saya percaya Allah akan beri tepat pada waktunya, Allah akan bagi bila kita reda, kita terima, kita bersedia dengan apa saja kebarangkalian yang akan berlaku dan saya tak pernah putus doa dan ia juga adalah doa-doa daripada semua.

Jadi kita hanya sentiasa bersangka baik pada Allah, sentiasa berfikiran positif.

Terdahulu, menerusi perkongsian di Instagram, Nelydia mengumumkan dia dan suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi.

Untuk rekod, Nelydia dan Mohd Hafez bernikah pada 6 April 2019.

Kredit : Oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *