Pelakon popular Zul Ariffin meluahkan rasa hairan apabila rutin hariannya seperti berenang demi menjaga kesihatan turut mencuri perhatian ramai, khususnya dalam kalangan peminat.

Menerusi perkongsian yang tular di Instagram, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 40, dilihat berada di tepi kolam sambil tampil santai dengan tubuh sasa dan senyuman lebar.

Perkongsian itu sekali lagi membuatkan namanya menjadi bualan apabila ramai peminat memberikan pelbagai reaksi terhadap penampilan aktor berkenaan.

“Lucu juga bila saya sibuk dengan hal sendiri pun boleh mengganggu orang lain. Agaknya tak cukup benda lebih besar nak difikirkan,” katanya sinis menerusi Threads.

Terdahulu, Zul mencuri perhatian selepas memuat naik foto dirinya ketika berada di kolam, sekali gus mengundang pelbagai komen daripada netizen.

Seperti dijangka, ruangan komen dipenuhi reaksi berseloroh daripada peminat yang teruja melihat penampilan pelakon tersebut.

“Ini bukan berenang, ini buat jantung berdegup laju.”

“Abang Zul, ini terlalu bahaya untuk kesihatan kami,” tulis netizen berseloroh.

Dalam masa sama, terdapat juga peminat yang meninggalkan komen manja serta salam perkenalan bagi menarik perhatian Zul.

Tidak kurang juga, peminat lelaki menjadikan perkongsian tersebut sebagai motivasi untuk lebih konsisten menjaga kesihatan dan bentuk badan.

Sumber: Beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *