Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

  • Home
  • Sample Page
  • Home
  • Sample Page
Subscribe
Close

Search

SUKAN

Nazmi Faiz Tinggalkan JDT – ‘Terima Kasih Untuk Perjalanan Sembilan Tahun Enam Bulan’

By petaiking
July 6, 2026 2 Min Read
Comments Off on Nazmi Faiz Tinggalkan JDT – ‘Terima Kasih Untuk Perjalanan Sembilan Tahun Enam Bulan’

Pemain bola sepak, Nazmi Faiz Mansor menutup lembaran indah pasukan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas hampir sedekad menabur bakti dengan mengumumkan perpisahannya dengan kelab gergasi tanah air itu.

‘Terima kasih JDT’

Selepas sembilan tahun enam bulan menyarung jersi Harimau Selatan, Nazmi mengakui bukan mudah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan yang disifatkannya sebagai rumah kedua.

Menurut pemain berusia 31 tahun itu, JDT bukan sekadar tempat dia mengembangkan karier bola sepak, malah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup yang akan sentiasa terpahat dalam ingatannya.

Sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata perjalanan selama sembilan tahun enam bulan ini. Johor bukan sekadar tempat saya bermain bola sepak, malah telah menjadi rumah kedua buat saya.

Apa yang mampu saya ucapkan hanyalah, terima kasih JDT. Menjunjung kasih kepada Tunku Mahkota Johor.

Terima kasih atas sokongan yang tidak pernah putus, kepercayaan sepanjang perjalanan saya, serta peluang yang diberikan untuk mewakili kelab yang hebat ini. Saya akan sentiasa mengenang dan menghargainya.

Dalam masa sama, Nazmi menegaskan dia sudah memberikan komitmen sepenuhnya setiap kali diberi peluang beraksi, tanpa pernah berbelah bahagi sepanjang bersama skuad Harimau Selatan.

Alhamdulillah, sepanjang tempoh ini, saya telah memberikan segala yang termampu setiap hari. Saya sentiasa berusaha memberikan yang terbaik, walau apa jua keadaan.

Melalui setiap cabaran, dugaan dan kejayaan, saya tidak pernah mengalah kerana menyarung lencana JDT sentiasa menjadi satu penghormatan yang amat besar buat diri saya.

Bekas pemain Harimau Muda itu turut merakamkan penghargaan kepada rakan sepasukan, barisan kejurulatihan serta seluruh kakitangan kelab yang banyak membentuk perjalanan kariernya sepanjang berada di Johor.

Buat semua rakan sepasukan, jurulatih, barisan kakitangan serta setiap individu di sebalik tabir, terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.

Terima kasih atas segala kenangan yang tidak akan dilupakan, persahabatan terjalin dan setiap pengajaran akan saya bawa sepanjang hayat. Buat penyokong, terima kasih atas kasih sayang yang tidak pernah berbelah bahagi.

Mungkin lembaran ini sudah sampai ke penghujungnya, namun segala kenangan dan rasa cinta saya terhadap JDT akan kekal terpahat buat selama-lamanya.

Kredit : Oh bulan

Author

petaiking

Follow Me
Other Articles
Previous

Kanser kolon kian meningkat dalam kalangan orang muda

Next

‘Kalau Cantik, Lembut, Buat Apa Tetap Dipandang Baik’ – Zila Bakarin

Copyright 2026 — PETAI JERUK. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme

Powered by
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by