Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

  • Home
  • Sample Page
  • Home
  • Sample Page
Subscribe
Close

Search

HIBURAN

Ustazah Asmak Husin Titip Nasihat Untuk Abby Abadi, Marissa – ‘Tiada Yang Menang Atau Kalah Dalam Hubungan Ibu & Anak’

By petaiking
July 8, 2026 2 Min Read
Comments Off on Ustazah Asmak Husin Titip Nasihat Untuk Abby Abadi, Marissa – ‘Tiada Yang Menang Atau Kalah Dalam Hubungan Ibu & Anak’

Pendakwah Ustazah Asmak Husin, tampil memberikan pandangannya berhubung konflik kekeluargaan di antara pelakon Abby Abadi dan anaknya, Marissa Dania Hakim.

Pandangan ustazah

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1622916092628146&set=a.260478058871963&type=3&ref=embed_post

Menerusi hantaran di Facebook, Ustazah Asmak berkata, dia tidak meletakkan kesalahan kepada Abby ataupun Marissa kerana memahami keadaan sebegini sering terjadi dalam perhubungan ibu dan anak.

Bagi saya, kisah ini sebenarnya normal dalam hubungan ibu dan anak. Tiada siapa yang betul dan tiada siapa yang salah.

Ibu yang terlalu terluka dengan pelbagai bebanan kisah lama. Anak yang sudah berusaha dan tidak tahu mahu buat bagaimana lagi.

Saya sangat memahami situasi ini kerana usia awal 20-an adalah fasa kita masih belajar memahami hati ibu.

Dalam masa sama, Ustazah Asmak menasihati Marissa supaya menjalinkan kembali hubungan mereka berdua yang sedang retak dengan mencuba untuk mendekati ibunya.

Buat adik Marissa, jangan putus asa untuk terus mendekati dan membina semula hubungan. Selagi ibu masih ada, masih ada ruang untuk memohon maaf, berbual dan memulakan semula.

Selain itu, Ustazah Asmak juga berharap agar Abby membuka pintu hatinya dan memberi peluang kepada Marissa untuk memperbaiki hubungan mereka.

Buat Abby pula, saya doakan Allah mengurniakan kekuatan hati. Luka seorang ibu memang berat, lebih-lebih lagi apabila melibatkan anak sendiri. Namun jangan biarkan tekanan emosi membuatkan hati semakin tertutup.

Anak juga sedang belajar menjadi dewasa. Berilah ruang untuk dia memperbaiki kesilapan dan hargailah setiap langkah kecil yang diambil untuk kembali mendekat.

Tiada yang menang dan kalah dalam hubungan ibu dan anak. Semoga Allah melembutkan hati ibu dan anak, menghilangkan salah faham, dan mengikat kembali kasih sayang yang kadang-kadang menjadi renggang.

Terdahulu, hubungan antara Abby dengan anak keduanya itu didakwa sedang bermasalah apabila aktres tersebut dikhabarkan tidak menghadiri ke majlis sambutan hari lahir puterinya itu.

Pemilik nama, Arbaiyah Abdul Manan, 49, itu juga mendedahkan trauma yang pernah dialaminya ketika perkahwinannya yang terdahulu.

Marissa bagaimanapun, menafikan spekulasi segelintir pihak yang mendakwa dia sering mengetepikan ibu kandungnya.

Kredit : Oh bulan

Author

petaiking

Follow Me
Other Articles
Previous

Tengku Zafrul Beri Keterangan Bicara Kes Rasuah Muhyiddin

Next

‘Awak Jadikan Saya Seorang Ibu’ – Rita Rudaini Titip Ucapan ‘Birthday’ Buat Airit Rayyan

Copyright 2026 — PETAI JERUK. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme

Powered by
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by