Ryzal Ibrahim Terkejut Percutian Di Indonesia Cetus Perhatian – ‘Saya Tak Tahu Apa Yang Berlaku’
Usahawan dan personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim meluahkan rasa terkejut apabila perkongsiannya mengenai percutian di Indonesia menarik perhatian ramai khususnya dalam kalangan warganet dari negara berkenaan.
Terkejut
Menerusi perkongsian di Threads, Ryzal atau nama lengkapnya Nik Muhamad Rizal Nik Ibrahim memuat naik beberapa foto memaparkan dirinya dan keluarga sedang bercuti di negara jiran.
Bagaimanapun, dia tidak menyangka perkongsian yang pada awalnya dianggap sekadar perkongsian biasa itu mencetuskan reaksi sehingga berlaku perbalahan dalam kalangan warganet dari kedua-dua negara.
Mengakui terkejut dengan reaksi itu, Ryzal berharap warganet tidak mengheret keluarganya ke dalam perbalahan tersebut kerana langsung tidak mengetahui mengenai punca yang mencetuskan perselisihan itu.
Mohon maaf semua. Terkejut buka ruangan komen penuh dengan perbalahan.
Saya tak tonton bola, tidak tahu apa yang berlaku antara Indonesia dan Malaysia, jika ada perbalahan mohon jangan libatkan saya.
Menurutnya, hantaran berkenaan dimuat naik kerana itu merupakan kunjungan pertama mereka sekeluarga ke Jakarta.
Dalam pada itu, Ryzal turut memuji Indonesia kerana makanannya yang sedap selain menawarkan perkhidmatan yang baik sepanjang kunjungan mereka.
Perkongsian ini percutian kami pertama kali di Jakarta. Makan sedap, orang baik, tapi dalam Threads ini berbeza sekali pemikiran orang Indonesia.
Kredit : Oh bulan