“Tak Jatuh Hina Pun Kahwin Janda” – Fazley Yaakob Tegur Netizen Persoal Bella Astillah Jadi Isteri Syed Saddiq
1 min read

“Tak Jatuh Hina Pun Kahwin Janda” – Fazley Yaakob Tegur Netizen Persoal Bella Astillah Jadi Isteri Syed Saddiq

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil menegur segelintir netizen yang mempersoalkan keputusan penyanyi Bella Astillah dan Syed Saddiq untuk mendirikan rumah tangga.

enurut Fazley atau nama lengkapnya Ahmad Fadzli Yaakob, 48, masih terdapat netizen di Threads yang mempersoalkan mengapa Syed Saddiq memilih seorang wanita berstatus janda dan mempunyai dua cahaya mata sebagai isteri.

fazley

Tegur Netizen Persoal Status Bella

Menerusi perkongsian di Threads, Fazley menyifatkan persoalan berkenaan tidak sepatutnya dibangkitkan kerana status seseorang wanita bukan ukuran kebahagiaan dalam rumah tangga.

“Ramai jugak orang yang ‘bodoh piang’ zaman-zaman Threads ni? Bila BASS dah nikah, ramai pula yang persoalkan kenapa pilih janda anak dua?”

Fazley berkata, seseorang yang berstatus anak dara tidak semestinya mampu memberikan kebahagiaan dalam rumah tangga, begitu juga seorang janda tidak seharusnya dipandang rendah.

“Yang anak dara belum tentu boleh membahagiakan selamanya, dan yang janda pulak mana tahu boleh bantu bawa ke pintu syurga.”

“Tak Jatuh Hina Pun Kahwin Janda”

Pelantun lagu Asmara Ini itu turut menegaskan bahawa seorang lelaki teruna tidak akan menjadi hina hanya kerana memilih wanita berstatus janda sebagai isteri.

“Tak jatuh hina pun kahwin janda, dan bukan dapat anugerah pun kahwin anak dara.”

Dalam pada itu, Fazley mengingatkan orang ramai supaya mendoakan kebahagiaan pasangan berbanding mempertikaikan pilihan serta jodoh mereka.https://www.instagram.com/p/DeVlLkzE64j/embed/captioned/?cr=1&v=14&wp=500&rd=https%3A%2F%2Fbeautifulnara.com&rp=%2Ftak-jatuh-hina-pun-kahwin-janda-fazley-yaakob-tegur-netizen-persoal-bella-astillah-jadi-isteri-syed-saddiq%2F#%7B%22ci%22%3A0%2C%22os%22%3A678.7000000476837%7D

“Doakan kebahagian orang dapat pahala tau daripada buat dosa kering persoalkan takdir dan jodoh,” tulisnya.

Bella Astillah Dan Syed Saddiq Selamat Bernikah

Semalam, Bella Astillah dan Syed Saddiq selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Menara Merdeka 118.

Pasangan berkenaan turut dijadualkan mengadakan tiga majlis resepsi di Kuala Lumpur, Muar dan Kota Kinabalu sepanjang Oktober ini.

Kredit : Beautifulnara