Lebam masih ada, tulang pipi rasa bengkak – Siti Nurhaliza
1 min read

Lebam masih ada, tulang pipi rasa bengkak – Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam proses pulih daripada lebam bawah mata dan pipi selepas terjatuh ketika sesi latihan Konsert Tradisional Gema Bumantara yang dipentaskan di TM Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Siti berkongsi perkembangan terbaharu menerusi hantaran Instagram (IG) dengan memaklumkan lebam makin baik, namun, tulang pipi masih terasa bengkak.

“Tinggal hendak hilangkan lebam ini sahaja, sakit tiada kecuali bahagian tulang pipi masih rasa bengkak.

“Alhamdulillah, semuanya adalah tanda kasih sayang Allah SWT kepada saya,” tulisnya sambil memuat naik foto memaparkan bahagian wajah yang cedera.

Sebelum ini, video memaparkan Siti terjatuh ketika menjalani latihan ditayangkan pada konsert berkenaaan.

Kejadian berlaku ketika penyanyi berusia 47 tahun itu sedang berlatih melakukan aksi melompat menggunakan kain panjang, sebelum kaki tersadung lalu beliau jatuh tersembam ke lantai.

Insiden itu mengakibatkan kecederaan ringan, termasuk luka kecil pad bahagian tepi dan bawah mata serta lebam pada pipi kanan.

Kredit : Berita Harian