Madnor Tegur Individu Terlalu Selesa Dengan Gaji – ‘Nak Hidup Luar Biasa, Tindakan Kena Seiring’

Madnor Tegur Individu Terlalu Selesa Dengan Gaji – ‘Nak Hidup Luar Biasa, Tindakan Kena Seiring’

Pempengaruh dan pencipta kandungan, Madnor, berpendapat seseorang individu tidak seharusnya terlalu selesa dengan pendapatan terkini sekiranya mempunyai impian untuk mencapai kehidupan luar biasa.

Kehidupan seiring dengan tindakan

Madnor atau nama sebenarnya Muhammad Noor Zakaria, berkata, kehidupan luar biasa memerlukan usaha dan tindakan yang seiring selain keberanian untuk keluar daripada zon selesa.

Tambah Madnor, tidak salah untuk memilih kehidupan sederhana, namun seseorang perlu sedar bahawa setiap impian memerlukan pengorbanan dan usaha yang setimpal.

Kalau nak kaya jangan selesa dengan gaji sekarang.

Kita tak boleh terlalu selesa dengan apa yang kita ada.

Tak salah tapi kalau awak nak maju ke hadapan memang kena keluar daripada zon selesa.

Kalau nak hidup luar biasa, tindakan kita kena luar biasa juga.

Dalam pada itu, Madnor turut menjadikan jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang sebagai contoh individu yang sanggup bekerja keras demi mencapai kejayaan.

Saya selalu cakap dengan orang kalau nak tengok kehidupan seseorang itu pilih saja mana-mana figura. Macam contoh Dato Azizulhasni Awang.

Kau ingat dia bangun tidur macam kau? Tidak. Pukul 4 pagi dah mula training.

Tambah Madnor, seseorang yang menginginkan perubahan dalam kehidupan perlu mengubah cara berfikir dan bukan hanya sekadar memasang impian tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.

Tak salah pun kalau jadi biasa-biasa tapi kita kena terima lah hidup pun biasa-biasa.

Tapi masalah sekarang ramai orang nak kehidupan yang luar biasa tapi tindakan biasa-biasa saja.

Sementara itu, Madnor tercalon sebagai Top 15 kategori Content Creator Paling Viral di OhBulan! Paling Viral Online 2.0.

Selain Ceddy, kategori Content Creator Paling Viral turut menampilkan Amin & Abid, Sam Lim & Parissa, Minyak Hitam Jalanan, Abewee, Ceddy Ang, Vokey, Space Dollah, Sir Badang, Mr Pov, Farah Deluna, Aminahtul, Nurnisa Omar, Crystal Dietitian dan Zack Kirana.

OBPVO2.0 mempertandingkan sembilan kategori iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.

Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan OhBulan! Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi OhBulan!

Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi OhBulan! Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!

Kredit : Oh bulan