Siti nasihat Sissy kuat berdepan cabaran dunia seni

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menasihatkan Sissy Imann yang ‘hangat’ selepas menerima kritikan ‘pedas’ Mas Idayu, iaitu juri program realiti terbitan TV3, Famili Duo disertainya, agar tidak berputus asa dan kuat berdepan sepak terajang dunia seni.

Siti berkata, Sissy sepatutnya memahami konsep program realiti terbabit dan mengenali personaliti Mas Idayu. Justeru, Sissy sepatutnya sudah dapat menjangka apa yang berlaku di pentas itu.

“Sebaik membuat keputusan menyertai program realiti, itu bermakna, peserta sudah membenarkan diri dikritik biarpun kritikan itu memedihkan.

“Peserta sepatutnya sudah sedia maklum setiap juri ada cara penjurian dan tahap ketahanan masing-masing berbeza.

“Ada (peserta) boleh terima dari sudut positif.

“Mungkin Sissy terkejut dengan kejadian pada malam itu. Ini kerana mereka sudah bergelar artis dan sudah ada karya.

“Sissy juga ada kelebihan kerana belajar muzik. Jadi, ia mungkin satu tamparan hebat buatnya.

“Tetapi, rasa jauh itu akan hilang dengan sendirinya” katanya pada sidang media Konsert Malam Bulan Bintang di ibu negara, kelmarin.

Siti turut menasihatkan adik-beradiknya, Siti Sairah dan Siti Saida yang bertanding dalam program Famili Duo agar sentiasa bersedia dengan kritikan juri. - NSTP/Aziah Azmee
Siti turut menasihatkan adik-beradiknya, Siti Sairah dan Siti Saida yang bertanding dalam program Famili Duo agar sentiasa bersedia dengan kritikan juri. – NSTP/Aziah Azmee

Siti berkata, Mas Idayu mungkin sudah memerhatikan persembahan peserta selama enam minggu dan tahu tahap peningkatan mereka.

“Setiap kritikan boleh diterima sama ada dari sudut positif atau negatif yang bertujuan menegur dan mengajar.

“Mungkin Mas Idayu membuat komen itu selepas memerhatikan persembahan mereka sejak enam minggu lalu,” katanya.

Siti turut menasihatkan adik-beradiknya, iaitu Siti Sairah dan Siti Saida yang bertanding dalam program sama agar sentiasa bersedia dengan kritikan juri.

“Saya awal-awal lagi saya sudah ingatkan adik dan kakak agar bersedia dan bertabah, terutama dengan komen juri.

“Juri akan tegur dan netizen akan bercakap. Jadi, bertenang sahaja. Janji kita perbaiki kelemahan dalam persembahan kita.

“Itu yang saya pesan kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, konsert Malam Bulan Bintang di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil pada 4 Mac, menampilkan beberapa artis nama besar seperti Datuk M Nasir, Faizal Tahir dan Sabyan.

 

Kredit : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *