#AJL39: Biduanita Negara Titip Kata Semangat Kepada Marsha Milan – ‘Semoga Dapat Sampaikan Lagu Hening Rindu Dengan Baik’

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan kata-kata semangat kepada penyanyi Marsha Milan yang bakal bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) pada 16 Februari ini.

Kata-kata semangat

Siti, 46, mendoakan agar Marsha dapat membuat persembahan terbaik menerusi lagu ‘Hening Rindu’.

Kepada Marsha, saya doakan supaya persembahan awak di AJL39 nanti dipermudahkan.

Supaya awak dapat sampaikan lagu tersebut (Hening Rindu) dengan baik. Insya-Allah, kalau Allah kata ada rezeki awak pasti ada rezeki.

Sementara itu, Marsha menerusi hantaran di Instagram mengucapkan terima kasih atas kata-kata semangat diberikan.

Terima kasih Datuk Seri Siti Nurhaliza atas ucapan dan doa. Doakan saya dapat buat persembahan dengan baik.

Untuk info, ‘Hening Rindu’ merupakan ciptaan komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh, manakala lirik oleh Ikhwan Fatanna.

Ini merupakan kali keempat Marsha berjaya menempatkan diri di pentas berprestij AJL apabila sebelum ini merusi lagu ‘Cinta’ (AJL36), ‘Kembali Terang’ (AJL37) dan ‘Darah’ (AJL38).

Saksikan AJL39 yang bakal bersiaran langsung pada 16 Februari ini di Axiata Arena, Bukit Jalil dan dipancarkan di TV3 jam 9 malam atau boleh juga distrim secara HD di www.tonton.com.my.

Untuk mendapatkan tiket konsert AJL39, anda boleh membuat pembelian di  www.wowtix.com.my.

Kredit : Oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *