Pelakon Nadzmi Adhwa menafikan dakwan dia dan isteri Ardell Aryana telah pun bercerai, susulan berita tersebut tular di media sosial.
Nafi cerai
Menerusi temu bual bersama Melodi, Nadzmi atau nama lengkapnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi menegaskan bahawa perkahwinan mereka masih lagi utuh meskipun terdapat segelintir warganet yang sengaja mencetuskan dakwaan.
Bila keluar di carian TikTok ianya disebabkan warganet memang suka untuk tengok. Inilah yang dikatakan fitnah sebab benda ini tak betul.
Realitinya saya bahagia, tiada masalah pun.
Menurut aktor berusia 33 tahun itu, dia mengakui terkesan dengan isu tersebut berikutan ada ahli keluarganya yang percaya dengan spekulasi berkenaan.
Saudara-mara kami pun ada yang telefon bertanya tentang perkara ini.
Masalah rumah tangga dan bergaduh itu ada, tapi takkanlah saya nak bercerita. Nak kahwin bukan senang, penat-penat bina masjid, tiba-tiba nak runtuhkan pula.
Jangan percaya spekulasi
https://www.instagram.com/reel/C2ERfdFh9V4/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=loading
Dalam pada itu, Nadzmi memilih untuk menjalani kehidupan secara privasi kerana tidak menolak tentang penyakit ain yang berkemungkinan boleh berlaku terhadap dirinya dan keluarga.
Ada sakit itu, sakit ini, jadi penyakit ain itu kemungkinan ada. Oleh itu, kami ambil pendekatan untuk tidak terlalu menonjol.
Kami pun kena sentiasa berhati-hati sebab kita tak tahu apa yang orang boleh buat dekat kita.
Justeru, pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan itu berharap agar warganet tidak sewenang-wenangnya percaya dengan fitnah tersebut.
Kepada mereka di luar sana, jangan terus percaya dengan perkara ini. Bila selalu bercakap tentang benda buruk, takut nanti terjadi.
Doakanlah kami aman sahaja, tolonglah jangan doa yang bukan-bukan.
Untuk info, Nadzmi dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Kredit : Oh bulan