Pempengaruh media sosial, Yuti memohon maaf sekiranya ada yang kurang senang dengan tingkah lakunya sewaktu muncul dalam sesi siaran langsung pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman, baru-baru ini.
‘Maaf kalau tak selesa’
Menerusi perkongsian di platform Threads, Yuti menjelaskan kehadirannya dalam sesi itu kerana menerima ajakan daripada pasangan pengantin baharu tersebut.
Maaf andai saya terlalu melebih-lebih dalam live Fattah dan Amira. Maaf kalau ada yang tak selesa. Saya hanya diajak.
Dalam pada itu, Yuti turut menasihati netizen agar berhenti bertelagah mengenai perkara kecil itu.
Jangan gaduh-gaduh okay, sayang semuanya.
Menjengah ke ruangan komen, wargamaya tidak menyalahkan Yuti, sebaliknya memahami apa yang berlaku hanyalah gurauan semata.
Sebelum ini, Yuti mencuri perhatian ramai apabila dilihat kerap mengusik Fattah dan Amira ketika menemani pasangan itu menjual abaya dalam sesi siaran langsung di TikTok.
Kredit : Oh bulan