Pelakon Ozlynn berpendapat bahawa suami isteri bukan sekadar pasangan namun perlu saling melengkapi dalam membina sebuah rumah tangga.

Suami jangan kedekut dengan isteri

https://www.threads.com/@jozlynnhanania/post/DXoowgxAbSe?xmt=AQF0jKBrSQUTO4tCK5xfrmnv0xKMmPVb9cWdLr-dCvyDvQ0

Menerusi perkongsian yang dimuat naik, seorang pengguna aplikasi Threads dilihat mengajukan soalan mengenai nafkah seorang suami terhadap isteri.

suami cakap dalam Islam, nafkah untuk isteri adalah tempt tinggal, makan dan yang lain-lain.

Tapi nafkah duit tak wajib pun bagi.

Kalau anda semua, tuntut tak duit nafkah itu? Maaf sekadar bertanya sahaja.

Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan yang bersetuju mengenai bahawa duit bukan nafkah wajib buat seorang suami kepada isteri.

Tambah Ozlynn, isteri juga memainkan peranan penting dalam rumah tangga untuk memahami keadaan kewangan suami.

Betul. Tapi kalau suami nak murah rezeki, jangan kedekut dengan isteri.

Doa isteri pun penting untuk suami. Senang cerita, suami dan isteri saling memerlukan.

Isteri juga kena memahami situasi suami. Suami perlu jujur dengan isteri supaya dia faham keadaan kewangan.

Tegas Ozlynn atau nama penuhnya Rozlinawaty Ismail, 45, seorang suami perlu sentiasa berkongsi rezeki dengan isteri agar pintu rezeki semakin terbuka luas.

Yang penting suami bukan pemalas. Isteri tenang dan bahagia, automatik nampak bahagia.

Rezeki pun mencurah. Suami pula kalau ada rezeki lebih jangan kedekut kongsi dengan isteri.

Kredit : Oh bulan

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *