Resipi Lepat Cendol, Sedap Dimakan Sejuk-Sejuk

Umum mengetahui, kuih-muih tradisional sering mendapat perhatian dan permintaan oleh ramai orang.

Selain sesuai dijadikan hidangan untuk dimakan sendiri, ada yang menjualnya di warung-warung ataupun restoran.

Bukan itu sahaja, kuih-muih tradisional ini turut sesuai dijadikan santapan sempena kenduri, majlis keramaian ataupun hidangan untuk dimakan bersama keluarga pada waktu petang.

Tambahan lagi, dengan keadaan cuaca yang panas kebelakangan ini, kita pasti akan tercari-cari makanan atau minuman yang segar untuk menyejukkan badan.

Biasanya, semangkuk cendol atau ais kacang cukup untuk memberikan kelegaan pada musim panas ini. Tapi, apa kata kalau anda olah semangkuk cendol itu kepada lepat cendol yang juga sesuai dimakan sejuk-sejuk.

Kali ini, SK akan kongsikan resipi lepat cendol yang dikongsi oleh Zanariah Mohamed Zain di laman Facebook miliknya.

Ikuti perkongsiannya di bawah.

Bahan-bahan lepat cendol

  • Daun pisang secukupnya
  • Santan 200g (2 kotak)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 sudu besar minyak jagung atau minyak masak
  • 4 cawan air
  • 500g cendol

Cara penyediaan

Mula-mula, masukkan santan, garam, gula, air dan tepung jagung ke dalam kuali dan aduk rata sehingga ia pekat.

Setelah ia mula kelihatan agak pekat, anda boleh masukkan minyak jagung atau minyak masak lalu aduk sehingga sebati.

Selepas semuanya sebati, anda boleh masukkan cendol dan kacau sehingga ia sebati dengan adunan tadi.

Setelah sebati, angkat dan sejukkan seketika. Kemudian, anda boleh sediakan daun pisang yang telah dioles sedikit minyak.

Masukkan adunan cendol tadi ke atas daun pisang dan bungkus ia sehingga betul-betul kemas dan rapi.

Ulang sehingga semua adunan habis. Langkah berikutnya, anda boleh sejukkan lepat cendol tadi ke dalam peti sejuk selama beberapa jam.

Lepat cendol anda siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kongsinya juga, resipi ini sangat mudah kerana ia tidak perlu dikukus, cukup dengan masukkan ia ke dalam peti sejuk sahaja dan senang untuk dibuat.

Kredit : Siakap Keli

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *