Jangan Letak Ais, Ini Cara Simpan Aiskrim Malaysia Dalam Kotak Agar Tak Cair

Bila sebut pasal aiskrim, pasti kita akan membayangkan kesejukan dan kesegaran pelbagai jenis perisa terutama ketika ia dinikmati pada musim panas.

Ia merupakan salah satu pencuci mulut yang digemari oleh semua lapisan umur, dari kanak-kanak hingga ke dewasa.

Di Malaysia, kita juga mempunyai versi aiskrim yang tersendiri dan telah menjadi resipi turun-temurun sejak sekian lama.

Selain boleh dibeli di kedai, aiskrim di dalam plastik panjang itu juga kebiasaannya boleh dibuat sendiri di rumah.

Tentunya, kita boleh ‘bereksperimen’ dengan pelbagai jenis perisa, mengikut kemahuan anak-anak serta keluarga. Lebih menarik, aiskrim Malaysia ini juga akan melengkapkan hidangan ketika berkelah atau majlis makan-makan.

Namun, pasti ramai yang menghadapi masalah aiskrim yang mudah cair walaupun telah diletakkan di dalam kotak gabus.

Sebenarnya, letakkan aiskrim di dalam kotak itu tidak salah, tetapi caranya mungkin tersilap.

Seorang pengguna Threads dan juga peniaga aiskrim Malaysia, @azreenshaeira, berkongsi cara yang betul untuk menyimpan aiskrim itu agar ia tidak mudah cair.

Menurutnya, ais tidak boleh diletakkan bersama aiskrim di dalam kotak tersebut kerana ia lebih cepat cair.

“Sebagai peniaga aiskrim Malaysia, saya cuma nak beritahu. Jangan letak ais dalam kotak aiskrim Malaysia. Aiskrim akan lebih cepat cair,” katanya.

Cara betul simpan aiskrim dalam kotak gabus

Dia selepas itu berkongsi cara yang betul untuk meletakkan aiskrim di dalam kotak itu.

“Kalau nak lebih tahan lama, balut dalam kotak gabus tu dengan aluminium insulated foil, susun aiskrim rapat-rapat, tutup atas askrim dengan tuala tebal (atas pilihan anda).

“Letak ais kering dan tutup kotak kemas-kemas. InshaAllah tahan daripada pagi sampai petang.

“Pengalaman saya bawa aiskrim Malaysia pergi acara, daripada 7 pagi masuk kotak, pukul 5 petang baru ada aiskrim yang cair.

“Tu pun bahagian atas je yang mula cair,” kongsinya.

Kredit : Siakap Keli

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *