KUALA LUMPUR: Pelakon Ruhainies memaklumkan dia tidak terlalu memilih dalam mengambil sebarang tawaran lakonan sebaliknya mahu lebih tertumpu kepada keluarga.
Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, dia hanya menyasarkan dua atau tiga drama sahaja setiap tahun.
“Kali terakhir penampilan di televisyen (TV) adalah drama di Slot Akasia TV3 bersama pelakon Fadlan Hazim dan awal tahun ini sama juga hanya satu drama sahaja. Selalu awal tahun drama saya keluar. Saja nak bagi peminat rindu.
“Saya tak begitu memilih tapi saya sasar setiap tahun maksimum dua atau tiga drama sahaja saya buat. Kalau boleh tak nak lebih sebab saya nak bahagikan masa dengan keluarga. Banyak benda juga saya nak fokus.
Kredit : Berita Harian