Personaliti media sosial, Ameera Khan berkongsi pandangan bahawa wanita tidak sepatutnya bertahan dalam sesuatu hubungan sekiranya pasangan tidak mampu memberikan rasa selamat, terjamin dan stabil.

Menerusi muat naik di Instagram Story (IGs), Ameera berkata walaupun dia mampu menjaga dirinya sendiri, tidak salah jika lelaki itu memanjakannya.
Jelasnya, dalam setiap hubungan, seorang lelaki sepatutnya tahu menghargai dan menghormati pasangannya.
Peranan seorang lelaki dalam hubungan bukan hanya sekadar menyediakan keperluan, saya boleh menjaga diri sendiri, jadi saya tidak memerlukan kamu untuk itu tetapi manjakan saya juga kerana saya sukakannya.
Seorang lelaki sepatutnya membuatkan kamu rasa selamat, terjamin dan stabil. Jika dia tidak mampu, jangan sesekali bersetuju atau berkompromi.
Bercerita kembali mengenai hubungannya sebelum ini, adik kepada Neelofa itu mendedahkan bahawa dia sering melakukan perkara yang sepatutnya menjadi tanggungjawab lelaki.
Ameera mengakui menyerahkan segala upaya dalam hubungan dan berusaha demi kebaikan pasangannya tetapi tidak menerima apa-apa balasan.
Malah, Ameera berkata bapanya juga sering kecewa dengan pilihan pasangannya, tetapi tetap memilih untuk bersikap baik.
Saya tidak mahu lakukan semua itu lagi. Saya terlalu baik hati dan terlalu mencintai.
Saya bersyukur kerana melalui pengalaman ini kerana kini saya tahu.
Inshaa-Allah saya akan buat pilihan yang betul pada masa akan datang.
Kredit : Oh bulan
