Dua wanita menjadi sasaran kecaman netizen selepas tular sebuah video memaparkan tindakan mereka menunjukkan satu barang dipercayai bahan terlarang ketika melakukan penstriman langsung baru-baru ini.

Menerusi rakaman yang tersebar di media sosial, kedua-dua wanita itu dilihat ketawa sambil memegang satu peket plastik kecil mengandungi bahan putih yang didakwa netizen sebagai dadah.

Lebih mengundang kemarahan, salah seorang daripada mereka turut berseloroh seakan-akan mencabar pihak berkuasa dengan mengajak “polis” mencuba bahan tersebut sambil mendekatkan bungkusan itu ke arah kamera.

Tindakan itu dianggap melampau kerana dilihat seolah-olah memandang ringan undang-undang selain memberi contoh tidak baik kepada penonton, terutama golongan muda.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa berang dan menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab.

s

Malah, ada juga yang menggesa pihak Polis Diraja Malaysia melakukan siasatan segera serta mengesan lokasi kedua-dua individu terbabit sebelum aksi negatif seperti itu mempengaruhi orang lain.

Sumber: Beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *