Usahawan sensasi Jofliam tampil menjelaskan pemilihan nama buat cahaya mata sulungnya bersama Emira Delyati Dewi yang menjadi bualan hangat di media sosial.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Jofliam menyifatkan nama yang dipilih untuk cahaya matanya itu sebagai satu nama lelaki yang maskulin.
Penjelasan nama anak
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Jofliam menyifatkan nama yang dipilih untuk cahaya matanya itu sebagai satu nama lelaki yang maskulin.
Mengulas lanjut mengenai pemilihan nama Asmara, Jofliam memaklumkan bahawa nama tersebut dipilih kerana bunyinya yang lebih romantis dan puitis.
Nama lelaki maskulin.
Mengikut kefahaman saya, Asmara membawa maksud cinta dan kasih sayang.
Kenapa saya pilih Asmara dan bukan Cinta? Sebab Asmara namanya lebih romantis dan puitis.
Menurut Jofliam, nama tersebut dijangka menjadi perhatian ramai kerana keunikannya yang jarang digunakan pada individu lain.
Bayangkan kalau nama dia dipanggil dalam kelas. Semua orang pandang.
Saya akan pastikan anak saya kacak.
Imbas kembali, nama Dylan Asmara Jofliam meraih perhatian ramai apabila segelintir netizen mempersoalkan pemilihan nama tersebut.
Rata-rata netizen menganggap pemilihan nama ‘Asmara’ kurang sesuai untuk digunakan.
Untuk rekod, Jofliam mendirikan rumah tangga bersama Emira Delyati Dewi pada 5 April 2025.
Jofliam sebelum ini pernah berkahwin dengan Cik Epal pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Han dan Yuki namun disahkan berpisah selepas sedekad bersama.
Sumber: OhBulan!
