Stacy juara The Masked Singer Malaysia

TEKA-teki pemilik vokal di sebalik topeng Bunga Matahari akhirnya terjawab selepas Stacy diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia musim keempat (TMSM4) pada Ahad.

Menerusi program yang disiarkan secara langsung dari CIDB Convention Center, Kuala Lumpur itu, Stacy menambat hati sembilan juri tetap dengan mempersembahkan lagu Lathi nyanyian asal Sara Fajira dan Cinta nyanyian asal Marsha Milan sehingga berjaya memperoleh markah keseluruhan 80.91 peratus (%).

Kemenangan Stacy di sebalik topeng Bunga Matahari sememangnya sudah boleh dijangka apabila penyanyi itu berjaya bergelar juara mingguan sebanyak tujuh kali iaitu bermula pada minggu ketiga sehingga minggu kesembilan, sekali gus melayakkan Stacy membawa pulang hadiah berupa trofi seperti mana mengikut format negara-negara lain.

Final TMSM4 menyaksikan pelawak mendominasi dua tempat teratas apabila Namie diumumkan sebagai naib juara dengan markah 75.77% selepas berjaya mengelirukan juri di sebalik topeng helang, manakala Danial Zaini yang memakai kostum Sang Kancil diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga (72.66%).Baca artikel penuh

Kredit : Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *