“Maaf Lambat Ibu, Baru Balik Tarawih” – Disamakan Dengan Tomok & Justin Timberlake, Anak Bujang Liza Abdullah Jadi Perhatian

Pada bulan Ramadan tahun ini, pihak TV3 menyiarkan program berjudul Jom Berbuka 2024, dimana konten di dalam program terbabit berkenaan tentang keluarga yang masak bersama untuk juadah berbuka puasa.

Anak lelaki Liza Abdullah raih perhatian

Sebagai tetamu undangan, pelakon Liza Abdullah dan anak lelakinya, Zulsyahmi tampil sebagai keluarga selebriti yang akan menyajikan juadah berbuka puasa.

Episod yang memaparkan dua beranak itu menjadi perhatian selepas ketampanan anak lelaki Liza Abdullah buat ramai para gadis ‘cair’.

Wajah disamakan dengan artis hebat.

Bukan saja jadi perhatian disebabkan mempunyai wajah yang tampan, malah ramai juga yang rasa wajah Zulsyahmi iras seperti Tomok serta selebriti Hollywood, Justin Timberlake.

Dalam pada masa yang sama, gadis-gadis di ruangan komen tidak melepaskan peluang untuk ‘mencuba nasib’ menjadi menantu buat Liza Abdullah setelah melihat kelakuan serta wajah anak lelakinya itu.

Difahamkan, Zulsyahmi merupakan anak ketiga Liza Abdullah dan dia sering menemani ibunya di set penggambaran.

Kredit : Beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *