Abby Abadi Tak Jaga Makan Selepas Rawatan Bariatrik, Turun Berat Badan Cara Diet Sihat

Pelakon Abby Abadi memberi penjelasan tentang rawatan bariatrik yang pernah dilakukan untuk menurunkan berat badannya.

Rawatan bariatrik tak berjaya

Menerusi perkongsian di TikTok, Abby berkata, ada yang mempersoalkan dia kini kelihatan lebih langsing adalah disebabkan rawatan tersebut.

Menurutnya, dia tidak berjaya menurunkan berat badan selepas rawatan bariatrik kerana gagal mengawal pengambilan makanan yang sihat.

Hai Assalamualaikum, hari ni saya nak kongsikan tentang bariatrik yang sibuk orang pertikaikan bila saya kongsikan tentang perjalanan diet saya ‘eh bukan ke sebelum ni pernah buat bariatrik? Kan tentu dan kurus’

Oh tidak ya. Sebenarnya selepas menjalankan operasi bariatrik tu saya tak jaga makan, tak buang gula, tak bersenam saya memang tak dapat berat badan idaman yang macam saya bayangkan.

Dalam pada itu, Abby memberitahu dia berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak sepuluh kilogram disebabkan suplemen makanan tambahan yang diambil.

Kurang lebih dua bulan dah saya dapat kurangkan lebih sepuluh kilogram berat saya, Alhamdulillah.

Sumber: TikTok

Kredit : Oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *