“Nak Makan Mana?” – Soalan Paling Susah, Tapi Anda Cuma Perlu Faham ‘PoC’
Mungkin ramai yang beranggapan bahawa soalan semasa peperiksaan seperti SPM atau ujian akhir di universiti adalah yang paling susah.
Namun, sebenarnya ada satu soalan yang lebih mencabar untuk rakyat Malaysia, terutama sekali kaum wanita. Soalan itu berbunyi, “Nak makan mana?”
Bila keluar dengan keluarga, kawan-kawan atau pasangan, soalan ini sering kali menjadi punca perbincangan yang panjang dan kadang-kadang membingungkan.
Jawapan untuk soalan ini jarang datang dengan mudah atau cepat, betul tak?
Tapi, pernah tak anda tertanya-tanya, mengapa soalan “Nak makan mana?” sering menjadi pencetus otak berputar ligat, memaksa minda berlayar dalam lautan pilihan tanpa noktah?
Aiman, seorang pakar psikologi klinikal, menerusi laman X, berkongsi tentang istilah psikologi yang dikenali sebagai “The Paradox of Choice (PoC)”.
Istilah ini merujuk kepada situasi di mana terlalu banyak pilihan menyebabkan kesukaran untuk membuat keputusan.
Logiknya, semakin banyak pilihan, semakin seronok untuk memilih. Namun, realitinya tidak begitu.
“Dulu, nak tengok TV cuma ada beberapa saluran seperti TV1, TV2, TV3, 8TV, dan Channel 9. Hidup rasa lebih ringkas.
“Sekarang, ada beratus-ratus saluran seperti HyppTV, iFlix, dan Astro. Akhirnya, kita tetap tengok saluran yang sama. Inilah yang dinamakan PoC,” jelas Aiman.
Apa itu PoC, apa kaitannya dengan soalan “Nak makan mana?”?
Menurut Aiman, Barry Schwartz menjelaskan PoC dengan tiga konsep mudah.
Pertama, kelumpuhan minda (mind paralysis) ketika membuat pilihan.
“Dalam satu eksperimen di pusat beli-belah, terdapat satu gerai menjual 24 jenis jelly. Pelanggan bebas mencuba dan memilih.
“Nak Makan Mana?” – Soalan Paling Susah, Tapi Anda Cuma Perlu Faham ‘PoC’
18/07/2024

Pilihan
Gambar Hiasan
Untuk berita lebih pantas, follow Siakap Keli di Telegram atau X
“Nak Makan Mana?” – Soalan Paling Susah, Tapi Anda Cuma Perlu Faham ‘PoC’
Mungkin ramai yang beranggapan bahawa soalan semasa peperiksaan seperti SPM atau ujian akhir di universiti adalah yang paling susah.
ADVERTISEMENT
close
arrow_forward_iosBaca lagi
pause
volume_mutePlay
00:00
00:05
03:00Mute
Powered by GliaStudio
Namun, sebenarnya ada satu soalan yang lebih mencabar untuk rakyat Malaysia, terutama sekali kaum wanita. Soalan itu berbunyi, “Nak makan mana?”
Bila keluar dengan keluarga, kawan-kawan atau pasangan, soalan ini sering kali menjadi punca perbincangan yang panjang dan kadang-kadang membingungkan.
ADVERTISEMENT
Jawapan untuk soalan ini jarang datang dengan mudah atau cepat, betul tak?
Tapi, pernah tak anda tertanya-tanya, mengapa soalan “Nak makan mana?” sering menjadi pencetus otak berputar ligat, memaksa minda berlayar dalam lautan pilihan tanpa noktah?
Aiman, seorang pakar psikologi klinikal, menerusi laman X, berkongsi tentang istilah psikologi yang dikenali sebagai “The Paradox of Choice (PoC)”.
Istilah ini merujuk kepada situasi di mana terlalu banyak pilihan menyebabkan kesukaran untuk membuat keputusan.
Logiknya, semakin banyak pilihan, semakin seronok untuk memilih. Namun, realitinya tidak begitu.
ADVERTISEMENT
“Dulu, nak tengok TV cuma ada beberapa saluran seperti TV1, TV2, TV3, 8TV, dan Channel 9. Hidup rasa lebih ringkas.
“Sekarang, ada beratus-ratus saluran seperti HyppTV, iFlix, dan Astro. Akhirnya, kita tetap tengok saluran yang sama. Inilah yang dinamakan PoC,” jelas Aiman.
Apa itu PoC, apa kaitannya dengan soalan “Nak makan mana?”?
Menurut Aiman, Barry Schwartz menjelaskan PoC dengan tiga konsep mudah.
Pertama, kelumpuhan minda (mind paralysis) ketika membuat pilihan.
“Dalam satu eksperimen di pusat beli-belah, terdapat satu gerai menjual 24 jenis jelly. Pelanggan bebas mencuba dan memilih.
ADVERTISEMENT
“Keesokan harinya, gerai itu menjual hanya 6 perisa jelly. Hasilnya, jualan meningkat 10 kali ganda.
“Ketika inilah berlakunya inner mind paralysis. Disebabkan pilihan terlalu banyak (24 perisa), pelanggan tidak dapat memilih yang terbaik dan akhirnya memutuskan untuk tidak membeli.
“Pelanggan lebih mudah memilih bila pilihan (6 perisa) terhad,” tulis.
Jelas Aiman, perkara yang sama berlaku bila kita ditanya soalan “Nak makan mana?”.
Apabila ditanya, minda kita akan membayangkan pelbagai jenis kedai makan di luar sana, sehingga berlakunya inner mind paralysis.
Kita tidak dapat membuat pilihan, dan akhirnya pergi ke kedai yang sama seperti biasa atau membiarkan pemandu membuat keputusan sendiri.
Kedua, pilihan yang terlalu banyak akan melemahkan keputusan kita.
“Analoginya, apabila ditanya tentang ciri-ciri pasangan yang kita inginkan, ramai akan memberi pelbagai kriteria seperti tinggi, berkulit putih, rendah, comel, hormat orang tua, menghargai masa bersama, badan sasa dan banyak lagi.
“Namun, apabila kita bertemu seseorang yang kita suka, walaupun dia hanya memenuhi 3 daripada 10 kriteria yang kita cari, akhirnya kita tetap memilihnya.
“Ini kerana kita akan kembali kepada 2 hingga 3 kriteria asas dan dominan yang kita inginkan, manakala kriteria lain akan ‘dimaafkan’,” tulisnya.
Tambah Aiman, apabila ditanya “Nak makan mana?”, kita akan mempunyai beberapa kriteria yang kita suka seperti sedap, pelayan mesra, cepat siap, murah, tempat selesa dan sebagainya.
Namun, kita sebenarnya mencari kriteria yang sangat spesifik dan akhirnya kita pergi ke kedai yang biasa kita kunjungi (yang memenuhi apa yang kita cari).
“Banyak kedai terbayang dalam fikiran, setiap orang mencadangkan 4 hingga 5 kedai, akhirnya kita pergi ke kedai yang sama,” katanya.
Ketiga, “terlalu banyak pilihan akan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam diri jika pilihan yang diambil salah”.
Kita akan sentiasa merasa rugi jika tidak memilih ‘yang ini’ apabila sudah memilih ‘yang itu’.
“Baiklah, kita pergi ke kedai A. Tapi nanti rugilah kedai B ada nasi lemak yang sedap.”
“Kita makan di sini. Tapi kedai yang kita lalui tadi, pelayannya mesra.”
“Jom makan di sini, murah. Eh, tapi kedai tadi lebih murah jika mengambil menu untuk 4 orang.”
Kesimpulannya, kita memang tidak akan jumpa kedai yang sempurna memenuhi keinginan kita.
“Sebab itu kalau dah jumpa (almost perfect) biasanya kita jadi regular customer kedai tu. Betul tak? Siap promote lagi kat orang lain walaupun tak dapat komisen,” tambahnya.
Jadi, apa solusi untuk masalah “Nak makan mana?” ni?
Aiman mencadangkan beberapa solusi untuk masalah ini, yang mungkin berguna khususnya buat para suami dan lelaki di luar sana.
Pertama, senaraikan 3 kriteria utama seperti murah, sedap dan mudah parking.
Kedua, senaraikan 3 kedai yang memenuhi kriteria tersebut.
Ketiga, fahami bahawa kita tidak akan dapat pilihan yang sempurna. Terima seadanya dan bersyukur dengan apa yang ada.
Jangan serabut, “Less is more”.
Semoga bermanfaat. – Siakap Keli