Asyraf Khalid Bidas Netizen ‘Perli’ Siti Nurhaliza Tak Ada Job Kerana Selalu Buat Live – ‘Tahun Ni Ja Berapa Banyak Konsert’

Penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza ‘diperli’ oleh segelintir netizen kerana kerap melakukan sesi siaran langsung menjual barangan produk kecantikan jenamanya, SimplySiti.

Diperli netizen?

Menerusi perkongsian yang dibuat akaun peminat di aplikasi X, terdapat beberapa pihak yang seakan mentertawakan Siti hanya kerana kerap melakukan sesi siaran langsung di media sosial.

Menurut akaun itu lagi, walaupun ditertawakan segelintir pihak, pelantun lagu ‘Purnama Merindu’ itu tetap berdiri teguh dan sentiasa berkongsi rezekinya kepada yang memerlukan.

Walaupun ada pihak mentertawakan Siti Nurhaliza sebagai ‘artis tiada job’ hanya kerana buat ‘live’ mempromosikan produknya di TikTok dan Instagram (bagi kerja kepada orang), Siti tetap meneruskan target kehidupan tanpa mempedulikan kata-kata nista itu.

Terima kasih Siti kerana terus berjalan dan berkongsi rezeki.

Asyraf Khalid bidas netizen

Hantaran yang dimuat naik akaun berkenaan turut mendapat perhatian anak tiri kepada Siti iaitu Asyraf Khalis yang membidas kata-kata kurang sedap itu.

Menerusi ciapan yang dibuat, Asyraf mempersoalkan netizen yang menggelarkan Siti begitu sedangkan ibu tirinya itu sudah beberapa kali mengadakan konsert dalam masa setahun.

Macam mana boleh kata TokTi tiada job? Tahun ni saja dah berapa banyak konsert dianjurkan?

Rasanya macam TokTi tak sempat nak rehat pun tapi orang boleh kata tak ada job.

Tambah Asyraf, tidak salah sekiranya Siti melakukan promosi produk memandangkan ibu tirinya itu adalah pemilik perniagaan kepada produk kecantikannya sendiri.

Simplysiti adalah perniagaan dan perniagaan memerlukan marketing dan promosi. Sibuk macam mana pun, Simplysiti tetap di hati.

Kredit : Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *