Zizie Izette Muat Naik Foto Penampilan Shaheizy Sam Yang Terkini

Di Instagram Story, pelakon Datin Seri Zizie Izette dilihat memberi pujian terhadap adik lelakinya iaitu aktor Shaheizy Sam yang sanggup menaikkan berat badan demi menjalani penggambaran sebuah filem.

Sangat komited

Menerusi posting tersebut, Zizie memuat naik foto penampilan terbaharu Sam yang agak berisi.

Menurut Zizie, Sam seorang pelakon yang sangat berdedikasi kerana sanggup menaikkan berat badan demi tuntutan kerja.

Tambah Zizie, dia yakin adiknya itu boleh menurunkan berat badan semula selepas selesai menjalani penggambaran nanti.

Ramai yang melihat transformasi Sam betul tak? Ia adalah untuk watak terbaharu dalam filem lakonannya di mana dia menambah berat badan.

Dia sangat komited dengan watak yang diberikan, jadi saya yakin dia akan berjaya menurunkan berat badan selepas tamat penggambaran filem tersebut.

Dedikasi yang ditunjukkan oleh Sam sangat mengagumkan.

Kredit : Oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *